Segmen filem Saludos_Amigos

Filem ini ada empat segmen berbeza, setiap satunya bermula dengan liputan artis Disney berkelana di negara kunjungan untuk melukis kartun tentang budaya dan pemandangan setempat:

  • Segmen "Pedro" menceritakan sebuah pesawat kecil dari Chile yang melakukan penerbangan sulungnya untuk mengangkut mel udara dari Mendoza, tetapi nyaris gagal menyempurnakan tugasnya. Atas rasa kecewa dengan gambaran yang diberikan oleh Pedro terhadap Chile di mata dunia, kartunis René Ríos Boettiger (Pepo) melancarkan majalah komik yang terkenal di Amerika Latin, iaitu Condorito.
  • Dalam segmen "El Gaucho Goofy", Goofy, seorang koboi Amerika dibawa ke kawasan pampa Argentina untuk mempelajari cara hidup gaucho setempat. Segmen ini disunting untuk menanggalkan babak Goofy merokok bagi keluaran video kelak.[2]
  • "Aquarela do Brasil" (atau "Catan Air Brazil"), segmen terakhir filem ini, menyaksikan watak serba baru, José Carioca, membawa Donald Duck melihat-lihat Amerika Selatan sambil memperkenalkan tarian samba kepadanya (mengikut irama "Brazil" dan "Tico-Tico no Fubá").